Cari @ Amanz

Harga Jualan Samsung Galaxy A12 Dan Galaxy Tab S6 Lite Dikemaskini – Bermula Dari RM699

Link Copied!

Samsung Malaysia kini mengemaskini harga jualan untuk beberapa peranti pintar sedia ada mereka. Ini termasuklah untuk model Samsung Galaxy A12, Samsung Galaxy Tab S6 Lite WiFi dan Samsung Galaxy Tab S6 Lite LTE. Di mana, penjimatan sehingga RM200 kini boleh dinikmati oleh para pengguna.

Melaluinya, Samsung Galaxy A12 kini boleh dibeli pada harga RM699. Sementara itu, Samsung Galaxy Tab S6 Lite WiFi pula kini dijual pada RM1,499 dan Samsung Galaxy Tab S6 Lite LTE pula berharga RM1,799. Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkannya menerusi laman rasmi Samsung Malaysia bermula hari ini.

Samsung Galaxy A12 hadir dengan skrin 6.5-inci PLS TFT LCD HD+, dilengkapi cip lapan teras, memori 6GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri 5,000mAh dengan pengecasan 15W. Sistem kuad-kamera utamanya terdiri dengan konfigurasi 48-Megapixel + 5-Megapixel + 2-Megapixel + 2-Megapixel. Sementara, kamera hadapan pula sebesar 8-Megapixel.

Samsung Galaxy Tab S6 Lite pula dilengkapi skrin 10.4″ TFT (2000×1200 pixel), dijana cip Exynos 9611, memori sebesar 4GB RAM, storan sebesar 64GB dengan sokongan kad mikro SD sehingga 1TB, kamera utama 8-Megapixel dan kamera swafoto sebesar 5-Megapixel dan bateri sebesar 7040 mAh.


Komen ()