Stesen Angkasa Antarabangsa Dikatakan Boleh Dilihat Dengan Mata Kasar Di Ruang Angkasa Kuala Lumpur Pada Malam Ini

Stesen Angkasa Antarabangsa Dikatakan Boleh Dilihat Dengan Mata Kasar Di Ruang Angkasa Kuala Lumpur Pada Malam Ini

Diterbitkan pada Apr 12, 2021 oleh .

Stesen Angkasa Antarabangsa (International Space Station) nampaknya sedang mendekati ruang angkasa Malaysia hari ini, dimana ia dikatakan bahawa satelit tersebut boleh dilihat dengan mata kasar pada malam ini.

Ignazio Mganani menciap dan mengatakan bahawa mengikut perkiraan, ISS boleh dilihat dengan mata kasar pada sekitar jam 8.04pm malam ini di Kuala Lumpur dan Singapura, bergantung kepada keadaan cuaca, samada awan akan mengaburi ruang angkasa ataupun tidak.

Ini cukup menarik kerana malam ini juga ialah malam melihat anak bulan untuk mengesahkan permulaan bulan Ramadhan pada hari esok. Disamping melihat anak bulan, orang ramai juga mungkin boleh mencuba nasib untuk melihat satelit angkasa ISS.


Paling Popular