Lazada Memasuki Arena Penghantaran Makanan Melalui Lazat Bazaar

Lazada Memasuki Arena Penghantaran Makanan Melalui Lazat Bazaar

Diterbitkan pada Apr 12, 2021 oleh .

Lazada hari ini mengumumkan perkhidmatan penghantaran makanan dan barangan daripada bazaar Ramadhan, dinamakan sebagai Lazat Bazaar – sekaligus memperlihatkan Lazada turut menyertai arena penghantaran makanan.

Buat masa ini, Lazat Bazaar hanya ditawarkan di kawasan Shah Alam, Subang, dan juga TTDI.

Melalui laman Lazat Bazaar, pengguna boleh melakukan tempahan makanan sebelum pukul 4 petang, dan seterusnya menerima makanan sebelum pukul 7 petang pada hari sama. Untuk tempahan yang dilakukan selepas pukul 4 petang, penghantaran akan dilakukan pada keesokkan harinya.

Lazat Bazaar ini akan dianjurkan antara 13 April 2021 sehingga 13 Mei 2021 kelak. Menariknya, ini mungkin kaedah Lazada dalam menguji penghantaran pada hari yang sama, sebelum memperluaskan perkhidmatan logistik lebih pantas pada masa akan datang.

Layari : Lazat Bazaar


Paling Popular