Cari @ Amanz

Tidak hanya memfokuskan kepada golongan dewasa, nampaknya fungsi pada aplikasi TheNoor kini turut diperluaskan sebagai medium pengajaran kanak-kanak. Melaluinya, TheNoor Kids bakal diperkenalkan tidak lama lagi.

Memetik perkongsian di Instagram thenoor.co, ia akan menjadi medium berbentuk pendidikan yang dapat memudahkan kanak-kanak belajar membaca Iqra’ – khususnya pengguna kanak-kanak yang baru belajar mengaji.

Bukan itu sahaja, ciri lain yang terdapat padanya termasuklah informasi berkenaan Asmaul Husna iaitu 99 nama Allah, pembelajaran asas Jawi untuk kanak-kanak dan banyak lagi.

Buat masa ini, masih tidak diketahui bilakah tarikh sebenar ia akan diaktifkan kepada pengguna. Sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd