Cari @ Amanz

Huawei Vision S Bakal Diumumkan Pada 20 April 2021

Link Copied!

Huawei kini berkongsi lanjut mengenai perancangan untuk mengumumkan mengenai penawaran televisyen pintar. Dikenali sebagai Huawei Vision S, ia akan ditawarkan dalam dua variasi saiz berbeza iaitu 65-inci dan 55-inci.

Dari segi spesifikasi, kedua-dua televisyen ini menggunakan skrin LCD dengan resolusi 3840 x 2160 piksel dan kadar segar semula 120Hz. Selain daripada memaparkan kandungan peranti, ia juga boleh digunakan untuk panggilan video menerusi sebuah kamera web 1080P.

Seterusnya, ia juga dijana cip HongHu 818 dengan padanan memori 3GB dan 32GB storan dalaman secara terbina. Turut difahamkan, ia menjalankan sistem operasi Harmony OS, selain turut dilengkapi sokongan Bluetooth 5.1, empat 10W pembesar suara dimuatkan dan sokongan sistem audio Huawei Histen.

Bagi yang berminat untuk ketahui lebih lanjut, sama-sama kita nantikan apakah yang bakal diumumkan oleh Huawei pada 20 April hadapan.


Komen ()