Cari @ Amanz

Logitech ialah sebuah syarikat pembuat perkakasan komputer yang cukup terkenal. Diantara produk mereka yang banyak dibeli ialah alat kawalan jauh Harmony yang boleh digunakan untuk mengawal pelbagai jenis perkakasan yang lain seperti komputer, penghawa dingin, televisyen dan sebagainya.

Terkini, Logitech telah mengumumkan bahawa walaupun Logitech akan terus menjual stok-stok alat kawalan jauh Harmony mereka, kilang-kilang Logitech tidak lagi akan membuat alat kawalan tersebut.

Menurut kenyataan tersebut lagi, pengguna tidak perlu begitu risau mengenai sokongan dan kemaskini pada peranti dan juga platform Harmony kerana ia masih lagi akan disokong oleh Logitech selagi alat-alat kawalan jauh ini masih digunakan lagi.

Malah, semua kes-kes berkaitan jaminan pengguna juga masih akan ditunaikan oleh pihak Logitech tanpa sebarang soalan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd