Huawei, kini mengumumkan mereka akan membuat pelaburan sebanyak $1 bilion dalam membuat kajian dan pembangunan melibatkan arena teknologi swapandu dan juga kenderaan elektrik.
Ini sekaligus akan melihat Huawei bersaing dengan pihak Tesla dan Xiaomi dalam arena yang sama.
Melalui laporan Bloomberg, untuk fasa awal ini, Huawei akan bekerjasama dengan tiga pengeluar automotif untuk membangunkan teknologi swapandu, dan turut menyertakan subjenama Huawei. Antara syarikat yang akan bekerjasama adalah termasuk BAIC Group, Congqing Changan Automobiles dan juga Guangzhou Automobile Group.
Huawei mengatakan sebanyak 30 juta kenderaan ditambah di China setiap hari, dan pasaran ini sahaja sudah cukup memadai untuk Huawei – tanpa perlu memandang ke pasaran global.
Menurut Huawei, melalui bahagian kajian, mereka sedia mempunyai kenderaan yang mampu memandu tanpa bantuan manusia untuk jarak sehingga 1,000 km – jarak yang lebih baik berbanding Tesla.