Cari @ Amanz

Samsung Malaysia kini telah mengemaskini harga jualan untuk telefon pintar dengan skrin boleh-lipat mereka, iaitu Samsung Galaxy Z Fold2 5G. Telefon yang diperkenalkan pada harga RM7999 pada September 2020 lepas, kini telah dikemaskini dan mula ditawarkan pada harga RM6999.

Samsung Galaxy Z Fold2 5G hadir dengan dwi-skrin, menggunakan bahagian luar bersaiz 6.2-inci Super AMOLED, selain skrin bahagian dalam boleh dilipat bersaiz 7.6-inci.

Menjana telefon pintar ini adalah cip Snapdragon 865+, memori 12GB RAM, bateri 4500mAh, dan juga skrin pada kadar segar semula mencapai 120Hz.

Menjadi fokus utama pada peranti ini adalah penggunaan skrin boleh-lipat – membolehkan pengguna menikmati telefon pintar dan peranti bersaiz tablet dalam satu.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan Galaxy Z Fold2 5G ini pada harga RM6999 melalui pengedar rasmi Samsung seluruh negara bermula hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd