Cari @ Amanz

Rasmi : Microsoft Mengambil-Alih Nuance – Ingin Mengukuhkan Kedudukan Dalam Arena Kesihatan

Oleh Aman

Link Copied!

Microsoft hari ini secara rasminya telah mengumumkan pengambil-alihan Nuance Communications – salah satu syarikat yang terkenal dalam arena ucapan ke teks, selain turut menguasakan teknologi sebalik Siri sebelum ini. Microsoft mengambil-alih Nuance pada nilai $19.7 bilion.

Nuance terkenal dengan beberapa penawaran, termasuk penawaran perisian untuk teks ke ucapan serta ucapan ke teks, teknologi pengecaman ucapan, pembangunan bot, serta teknologi pemprosesan bahasa perbualan – terutamanya dalam arena perubatan.

Pengambil-alihan Nuance ini melengkapkan portfolio Microsoft dalam beberapa kategori. Antaranya adalah termasuk kesihatan – salah satu arena yang mana Nuance mengukuhkan kedudukan sebelum ini, disamping turut akan diintegrasikan bersama dalam strategi awanan Microsoft.

Microsoft sendiri sedia mempunyai sejumlah penawaran melibatkan teks ke ucapan, dan pengambil-alihan ini  akan mengukuhkan lagi kedudukan Microsoft dalam arena berkenaan – disamping menambah-baik penawaran awanan mereka.


Komen ()