Cari @ Amanz

Apple TV kali terakhir telah diperkenalkan pada 2016 yang lepas, dan kini gergasi perkomputeran Apple dilaporkan dalam persediaan untuk membangunkan Apple TV serba baharu.

Menariknya, menurut laporan Bloomberg, Apple TV generasi baharu ini kelak akan menyertakan kamera dan juga speaker secara terbina – berbeza dengan penawaran yang terdapat pada hari ini.

Dengan penyertaan ini, ia akan membolehkan pengguna menikmati sejumlah perkhidmatan tambahan dan bukan menikmati kandungan semata-mata. Penyertaan kamera secara tidak langsung akan memudahkan pengguna membuat panggilan video melalui FaceTime dan beberapa perkhidmatan lain – salah satu fokus ramai ketika era pandemik masa kini.

Sementara penyertaan speaker pula, dijangka akan membolehkan Apple TV turut beroperasi dengan memberikan maklumbalas kepada arahan suara – lebih kurang seperti penawaran HomePod.

Buat masa ini, Apple dilaporkan sedang masih pada peringkat awal pembangunan peranti sedemikian – dan tidak diketahui lagi sama ada ia akan  dipasarkan dalam masa terdekat, atau Apple membatalkan sepenuhnya perancangan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd