Cari @ Amanz

Vivo sedia hadir dengan penawaran sejumlah peranti di bawah siri V untuk pengguna di Malaysia – ia termasuklah Vivo V17, Vivo V17 Pro, Vivo V19, Vivo V20, Vivo V20 Pro dan Vivo V20 SE. Kesemua model ini anda boleh dapatkannya menerusi sejumlah platform berbeza termasuk kedai atas talian rasmi Vivo, Lazada, Shopee dan semua pengedar sah Vivo di seluruh Malaysia.

Dalam perkembangan terkini, Vivo nampaknya berkongsi perancangan untuk hadir dengan penawaran peranti baharu di bawah siri yang sama. Dikenali sebagai siri Vivo V21, kehadirannya dilihat mula diacah menerusi beberapa platform termasuklah laman sesawang dan Facebook rasmi mereka.

Hasil semakan kami menerusi laman berkenaan mendapati Vivo tidak berkongsi lanjut mengenai penawaran pada peranti ini secara menyeluruh. Tetapi, sebahagian daripadanya telah mula diperlihatkan – antaranya seperti, Vivo S21 akan dilengkapi rangkaian 5G terbina, kamera hadapan 44-Megapixel, kamera utama 64-Megapixel dengan sokongan OIS, memori 8GB RAM + 3GB RAM tambahan dan binaan peranti yang nipis.

Buat masa ini, Vivo juga dilihat masih berteka-teki mengenai tarikh pelancaran rasmi secara khusus. Tetapi, kita boleh menyasarkan lebih banyak butiran lanjut yang akan dikongsi dalam masa terdekat ini. Jadi, kekal dengan kami di Amanz untuk kemaskini lebih lanjut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd