Cari @ Amanz

Jangkaan sebelum ini yang menyasarkan ZTE berkemungkinan besar menggunakan sokongan kamera di bawah skrin pada peranti Axon 30, ternyata meleset. Sebaliknya, video promosi baharu memperlihatkan ZTE Axon 30 Ultra kelak akan dilengkapi paparan berlubang pada bahagian tengah.

Video berdurasi 15 saat berkenaan turut menunjukkan ZTE Axon 30 Ultra akan menggunakan sokongan lensa swafoto tunggal. Tapi sayangnya, konfigurasi kamera padanya masih belum diketahui sehingga kini. Seterusnya, bahagian hadapan ini juga kelak menyokong paparan jenis melengkung pada bahagian sisi kiri dan kanan bagi membolehkannya kelihatan seakan mempunyai bezel yang kecil.

Konfigurasi ZTE Axon 30 Ultra

Di samping, ZTE Axon 30 Ultra turut dilihat akan memfokuskan kepada keupayaan kamera yang lebih baik – melalui sokongan zum optikal, penstabilan video dan mod malam khusus. ZTE Axon 30 Ultra akan dilancarkan secara rasmi pada 15 April ini dan penawaran lebih lanjut akan terjawab ketika pelancaran rasmi kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd