Cari @ Amanz

NVIDIA hari ini telah mengumumkan sejumlah perkara, termasuk kerjasama mereka dengan salah satu pengeluar cip berasaskan ARM terkemuka dunia, iaitu MediaTek.

Melalui kerjasama kedua-dua pihak ini, ia akan membolehkan penawaran sokongann grafik NVIDIA RTX GPU pada peranti yang menggunakan cip pemprosesan berasaskan ARM.

Sokongan ini lebih ditujukan kepada penggunaan pada komputer riba. Dengan membolehkan integrasi kuasa grafik NVIDIA pada komputer ARM, ia akan membolehkan komputer riba berkaitan digunakan untuk permainan, penghasilan kandungan, dan sebagainya.

Untuk peringkat permulaan, kedua-dua pihak ini akan membangunkan platform rujukan untuk Chromium, Linux dan NVIDIA SDK. Sama-sama kita nantikan kuasa grafik pada komputer riba berasaskan cip ARM ini tidak lama lagi.

Untuk makluman juga, sebelum ini, NVIDIA telah mengumumkan pengambil-alihan ARM, dan sedang menantikan proses pengesahan oleh pihak berkuasa pelbagai negara.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd