Cari @ Amanz

Tahun lalu Boston Dynamics Spot akhirnya ditawarkan kepada umum selepas bertahun-tahun diperlihatkan dalam video demo pendek. Sejak dijual ia mula digunakan untuk memantau pembatasan sosial di Singapura dan digunakan dalam latihan ketenteraan di Perancis. Dengan harga jualan mencecah RM320,000 ($74,5000)sebuah, ia bukanlah robot yang mampu dimiliki ramai.

Di China WEILAN AlphaDog telah dilancarkan dengan rekaan serta ciri yang mirip Spot tetapi harga yang jauh lebih mampu milik. Dengan sokongan pelbagai sensor dan kamera, WEILAN berkata AlphaDog boleh digunakan sebagai anjing pandu arah untuk golongan OKU penglihatan.

WEILAN menawarkan empat model AlphaDog dalam pelbagai saiz serta sensor. AlphaDog C100 adalah model paling asas dijual pada harga $5690 (~RM24,000) dan AlphaDog E400L pula model paling premium dijual pada harga $27,690 (~RM115,000).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd