Domino’s Pizza Menguji Penghantaran Makanan Menggunakan Robot Swapandu Di Amerika Syarikat

Diterbitkan pada Apr 13, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada tahun 2017, Domino’s Pizza telah menguji teknologi penghantaran makanan menggunakan robot swapandu yang boleh bergerak di kaki lima di sejumlah lokasi di negara Jerman dan Netherlands. Kerjasama tersebut yang melibatkan Starship Technologies dilihat mampu menghantar pizza ke pelanggan sekiranya mereka berada dalam lingkungan yang cukup rapat.

Domino’s Pizza dilihat sekali lagi menguji kemampuan menghantar makanan ke pelanggan mereka, tetapi kali ini di Houston, Texas dimana mereka bekerjasama dengan Nuro untuk menggunakan robot swapandu Nuro R2 untuk menghantar makanan mereka ke pelanggan.

Robot swapandu ini, yang telah menerima pengesahan untuk digunakan oleh Road Transport Department Amerika Syarikat akan beroperasi di cawangan Woodland Heights, dimana ia akan beroperasi untuk hari-hari tertentu dan pada waktu yang terhad untuk memudahkan pihak Domino’s untuk menentukur kecekapan robot ini dalam menghantar makanan mereka.

Menurut Domino’s, pelanggan boleh menjejak robot swapandu ini melalui laman pengesahan pesanan mereka, dimana Domino’s juga akan memberi mereka nombor pin yang boleh digunakan untuk membuka kunci robot swapandu ini untuk mendapatkan pesanan mereka.

Domino’s tidak memberitahu berapa lamakah ujian ini akan berjalan, tetapi ia boleh dikatakan bahawa mereka akan menggunakan robot Nuro R2 ini untuk jangkamasa terdekat ini untuk melihat keberkesanannya untuk menggantikan pekerja penghantar mereka.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami