Pada awal bulan ini, Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) akan melancarkan aplikasi yang memaparkan status vaksinasi dan ujian PCR Covid-19 pemegang. Virgin Atlantic menjadi syarikat penerbangan pertama yang akan memerlukan pengesahan menerusi aplikasi ini untuk setiap penumpang.
Menarik sekali, penerbangan di antara Kuala Lumpur dan Jeddah pada 19 April ini turut akan dijadikan ujian penggunaan aplikasi yang sama. Syarikat Penerbangan Arab Saudi (SAUDIA) memerlukan penumpang melawat makmal khas bagi mendapatkan pengesahan negatif Covid-19 dalam ujian PCR. Keputusan kemudiannya akan dimuatkan ke dalam aplikasi IATA dan akan diperiksa pihak berkuasa di Jeddah setibanya di destinasi.