Peranti Gaming Redmi Sah Dilancarkan Pada Penghujung Bulan April Ini

Diterbitkan pada Apr 13, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Jika anda perasan, terdapat spekulasi tersebar yang mengatakan peranti gaming keluaran Redmi berkemungkinana besar tiba pada bulan ini. Ternyata perkhabaran itu benar dan ia sah akan dilancarkan pada penghujung bulan April kelak.

Maklumat ini diperoleh menerusi perkongsian hantaran berbentuk poster acah yang dimuat-naik oleh pihak Xiaomi di laman Weibo. Tapi sayangnya, Xiaomi dilihat tidak pula mendedahkan maklumat lanjut mengenai peranti – termasuk nama modelnya, spesifikasi utama dan tarikh pelancarannya secara khusus.

Sebaliknya, Xiaomi hanya menyatakan peranti berkenaan kelak dijangka hadir dengan spesifikasi mercu dan beberapa ciri-ciri khusus untuk permua. Dalam pada itu, Redmi dilihat turut telah menandatangani perjanjian kerjasama strategik dengan Call of Duty Mobile Games bagi pengenalan telefon pintar yang memfokuskan permua berkenaan.

Menurut spekulasi awal, peranti gaming Redmi ini dijangka menggunakan cip MediaTek Dimensity 1200. Selain daripada itu, ia juga dipercayai hadir dengan paparan OLED dengan rekaan panel hadapan berlubang dan bateri berkapasiti 5000mAh yang menyokong pengecasan 65W.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami