Cari @ Amanz

Aksesori fon telinga nirwayar memperlihatkan peningkatan penjualan sepanjang tahun 2020 khususnya kerana keperluan bekerja dan belajar dari rumah dimana privasi diperlukan untuk melakukan tugasan dan juga perjumpaan-perjumpaan harian dari jarak jauh.

BlueParrott, sebuah jenama audio nirwayar terkemuka baru-baru ini telah melancarkan fon telinga produktiviti terbaru mereka, iaitu BlueParrott M300-XT yang hadir dengan rekaan serba ringan, mempunyai pelbagai fungsi dan sangat mudah digunakan.

Hadir dengan berat 20g sahaja, M300-XT ini ialah fon kepala mono dengan rekaan paling ringan syarikat tersebut setakat ini. Ia terbina dengan dua mikrofon yang membantu membatalkan bunyi hingar sehingga 80 peratus.

Tidak kira samada anda berada di rumah, pejabat ataupun di kawasan luar, pendengar hanya akan boleh mendengar suara percakapan anda didalam perbualan. Ini mengurangkan isu pendengaran dan anda tidak perlu mengulangi percakapan anda berkali-kali kerana bunyi bising persekitaran.

Satu lagi ciri utama fon telinga M300-XT ini ialah ia mempunyai jarak sambungan nirwayar sejauh 100 meter. Ini khususnya berguna untuk mereka yang bekerja dalam industri lojistik, dimana mereka perlu sentiasa menghantar barangan dan sebagainya, dan perlu beredar sebentar daripada kenderaan, tetapi masih mengekalkan sambungan kepada peranti mereka.

Fon telinga M300-XT ini juga disertakan dengan pengesahan IP54 untuk memastikan bahawa ia tidak terkesan oleh habuk mahupun air. Jadi tidak kira jika anda melakukan kerja di pejabat, rumah ataupun di luar. Dari segi jangkahayat bateri, BlueParrott mengatakan bahawa fon telinga ini hadir dengan bateri yang boleh bertahan selama 14 jam dan boleh dicas dengan mudah melalui sebuah palam USB Type-C.

Ia juga dilengkapi dengan sejumlah butang-butang yang ditempatkan secara strategik untuk membolehkan anda menjawab panggilan ataupun memainkan dan menjedakan lagu dengan mudah.

BlueParrott M300-XT ini sudahpun boleh dibeli melalui kedai atas talian mereka di Lazada pada harga RM399.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd