Fave Dijual Pada Harga RM185 Juta Kepada Firma India, Pine Labs

Fave Dijual Pada Harga RM185 Juta Kepada Firma India, Pine Labs

Diterbitkan pada Apr 13, 2021 oleh .

Fave, salah satu aplikasi popular yang memfokuskan peruncit dan pekedai menawarkan diskaun kepada pengguna, kini telah pun diambil-alih oleh salah satu firma dari India, iaitu Pine Labs. Ia dikatakan Pine Labs membayar sekitar $45 juta (~RM185 juta) untuk mengambil-alih Fave.

Bagi yang tidak mengenali akan Fave, ia membolehkan pengguna untuk mengimbas kod QR untuk membuat pembayaran – dan menerima ganjaran serta pulangan tunai ketika melakukan pembayaran menggunakannya. Untuk pekedai pula, mereka menerima pelanggan berulang dan dapat meningkatkan pendapatan mereka.

Pine Labs sebelum ini sedia melabur pada Fave pada tahun lepas. Walaupun telah diambil-alih, Fave akan terus beroperasi  dibawah pasukan sedia ada buat masa ini.

Pada waktu yang sama, ia diperkatakan Fave akan memperkenalkan ciri beli dahulu bayar kemudian kepada pengguna mereka dalam tempoh masa sebulan dua lagi. Pengambil-alihan oleh Pine Labs juga akan membolehkan Fave terus memperluaskan penawaran dan mengukuhkan kedudukan mereka di India pada tahun ini.


Paling Popular