DJI, salah satu syarikat yang terkenal dengan penawaran dron, kini telah mengumumkan sebuah jenama baharu dibawah mereka, dinamakan sebagai DJI Auto.
Melalui DJI Auto, mereka akan memfokuskan kepada penyelidikkan dan pembangunan, pengeluaran dan juga penjualan sistem pintar, serta komponen teras untuknya.
DJI turut mengatakan mereka akan memperkenalkan penawaran pertama mereka memfokuskan kepada kenderaan pintar pada acara Shanghai Auto Show minggu hadapan.
DJI sedia membuat pelaburan tinggi dalam pembangunan sejumlah sensor, termasuk sensor LiDAR untuk kereta dan dron. Memperluaskan perniagaan untuk meliputi komponen untuk kenderaan elektrik sedia dijangka ramai sebelum ini.
Buat masa ini, DJI masih tiada perancangan untuk menghasilkan kenderaan mereka sendiri. Sebaliknya, mereka lebih memfokuskan kepada pembangunan perisian dan penyelesaian perkakasan untuk kenderaan pintar.