Siri, pembantu maya Apple, kini memberikan petanda yang mana Apple bakal mengadakan acara seterusnya pada 20 April kelak (waktu Malaysia : 21 April). Siri memberikan jawapan berkenaan apabila pengguna bertanyakan soalan “When is the next Apple event?”.

Perkongsian Siri ini adalah selari dengan desas-desus sebelum ini mengatakan Apple akan memperkenalkan kemaskini untuk tablet mereka pada bulan ini, disamping turut akan memperkenalkan beberapa aksesori lain.
Buat masa ini, pengesahan ini hadir mmelalui Siri sahaja, sementara Apple masih tidak mengeluarkan sebarang jemputan untuk acara berkenaan buat masa ini.