WhatsApp kini dilihat telah menambah penawaran pelekat baharu untuk pengguna Android dan juga iOS bersempena dengan Ramadan, dinamakan Ramadan Bersama.
Melaluinya, ia menyertakan sejumlah grafik khusus untuk aktiviti Ramadan, direka oleh Murat Kalkavan. Pelekat ini menawarkan sejumlah grafik, meliputi ketika waktu sahur, berbuka, terawih, berwuduk, dan sebagainya.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan pelekat ini secara percuma melalui aplikasi WhatsApp masing-masing hari ini.
Muat-Turun Sticker Ramadan di WhatsApp