Digi kini dilihat menyediakan penawaran internet khusus untuk waktu sahur, dinamakan sebagai Pas Internet Sahur.
Pas Internet Sahur ini menyediakan akses data 100GB pada harga RM7, dan boleh digunakan antara 3 pagi sehingga 7 pagi setiap hari, selama 7 hari.

Digi mengatakan tiada sebarang sekatan kelajuan dilakukan untuk pas Sahur ini, dan ditawarkan untuk pelanggan prabayar, pascabayar dan juga Mobile Broadband Digi.
Pas Internet Sahur ini ditawarkan sehingga 12 Mei 2021 sahaja, dan boleh dilanggan dengan mendail *128*2*2# untuk pelan Digi Next, atau *116*2# untuk pengguna pelan Digi prabayar yang lain.
Bagi anda, adakah anda merasakan pelan ini berbaloi?