Seperti Google Play Store, Huawei juga mengatakan AppGallery mereka mempunyai sistem keselamatan bagi mengelakkan aplikasi hasad ditawarkan. Tetapi seperti yang ditemui pada kesemua kedai aplikasi, kadang kala aplikasi hasad terlepas sehingga menimbulkan risiko pada pengguna yang telah memuat turunnya.
Menurut firma anti virus Dr Web, lebih dari 538,000 peranti Huawei telah memuat turun aplikasi yang mempunyai hasad Joker. Apabila diberikan akses kepada notifikasi, Joker akan mengakibatkan pemilik peranti melanggan beberapa perkhidmatan berbayar tanpa disedari. Notifikasi pengesahan langganan dapat dihalang kerana akses yang diberikan.
Walaupun Huawei telah membuang aplikasi-aplikasi hasad ini dari AppGallery, mereka yang pernah memuat turun aplikasi di bawah disarankan menyah-pasangnya sekarang secara manual. Hampir kesemua aplikasi dibangunkan oleh Shanxi Kuailaipai Network Technology Co., Ltd. Jadi kepada pengguna peranti Huawei sila lihat sama ada anda pernah memuat turun aplikasi-aplikasi berbahaya di bawah.
Nama Aplikasi | Nama pakej |
Super Keyboard | com.nova.superkeyboard |
Happy Colour | com.colour.syuhgbvcff |
Fun Color | com.funcolor.toucheffects |
New 2021 Keyboard | com.newyear.onekeyboard |
Camera MX – Photo Video Camera | com.sdkfj.uhbnji.dsfeff |
BeautyPlus Camera | com.beautyplus.excetwa.camera |
Color RollingIcon | com.hwcolor.jinbao.rollingicon |
Funney Meme Emoji | com.meme.rouijhhkl |
Happy Tapping | com.tap.tap.duedd |
All-in-One Messenger | com.messenger.sjdoifo |