Acer Nitro 5 Dengan Kemaskini Komponen AMD Zen 3 Dan NVIDIA Ampere Bakal Tiba – Pra-tempahan Kini Dibuka Pada Harga Bermula RM3699

Diterbitkan pada Apr 14, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Acer Nitro 5 biasanya dikenali ramai sebagai siri komputer riba gaming mampu milik keluaran syarikat teknologi Taiwan tersebut, khususnya mereka yang masih mahu menikmati pengalaman gaming yang baik, tetapi tanpa perlu mengeluarkan belanja yang besar.

Acer Malaysia hari ini mengumumkan bahawa kemaskini terbaru siri komputer riba tersebut, yang kini tiba dengan sejumlah penambahbaikan yang besar bakal memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi.

Rekaan komputer riba Nitro 5 ini tidak begitu berbeza berbanding dengan sebelum ini, dimana rangka luarannya masih diperbuat daripada bahan polikarbonat berwarna hitam dengan cerakan merah. Bergantung kepada spesifikasi dalaman, ia hadir dengan paparan skrin IPS 15.6 inci berbingkai nipis dengan sejumlah resolusi dan kualiti berbeza.

Model paling asas hadir dengan resolusi Full HD dengan kadar segar semula 144Hz, manakala model kedua adalah paparan sama dengan sokongan gamut warna NTSC 72 peratus. Paparan paling premium pada model ini akan hadir dengan resolusi QHD dengan kadar segar semula 165Hz bersama-sama sokongan gamut warna sRGB 100 peratus.

Dari segi spesifikasi dalaman, Acer Nitro 5 terbaru ini dilengkapi tiga pilihan CPU, iaitu AMD Ryzen 5 5600H, AMD Ryzen 7 5800H ataupun AMD Ryzen 9 5900HX. Dari segi memori pula, ia hadir dengan pilihan memori DDR4 sebanyak 8GB, ataupun 16GB bergantung kepada model yang anda pilih. Komputer riba ini juga dilengkapi pilihan storan SSD NVMe PCIe sebesar 512GB ataupun 1TB dengan pilihan untuk menambah storan cakera keras didalamnya.

Siri Acer Nitro 5 terbaru ini juga merupakan pertama kalinya model ini memperlihatkan pilihan cip pemprosesan grafik premium, dimana pengguna kini boleh memilih untuk mendapatkan model yang dikuasakan sejumlah besar model kad grafik daripada NVIDIA. Ini termasuklah NVIDIA GeForce GTX 1650, NVIDIA GeForce RTX 3060, NVIDIA GeForce RTX 3070, ataupun NVIDIA GeForce RTX 3070.

Dari segi I/O, Acer Nitro 5 dimuatkan dengan dua palam USB 3.2 Type-A Gen1, satu palam USB 3.2 Type-A Gen2, satu palam USB 3.2 Type-C, satu palam HDMI 2.1 dan satu palam audio 3.5mm.

Menurut Acer Malaysia, pra-tempahan untuk siri komputer Acer Nitro 5 ini dibuka bermula hari ini untuk model yang dikuasakan CPU AMD Ryzen 5 5600H dan AMD Ryzen 7 5800H dengan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1650 terlebih dahulu. Model-model yang dikuasakan GPU NVIDIA GeForce RTX 3000 yang lain akan tiba melalui fasa pra-tempahan yang akan datang.

Pada 26 April, Acer Malaysia akan memperlihatkan pra-tempahan untuk model Acer Nitro 5 yang dikuasakan oleh kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3060, manakala pra-tempahan untuk model Nitro 5 yang dikuasakan kad-kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3070 dan GeForce RTX 3080 akan dibuka pada 10 Mei.

Tanda harga untuk kesemua model-model Acer Nitro 5 yang akan ditawarkan di pasaran Malaysia adalah seperti berikut:

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami