Shopee hari ini mengumumkan sebuah ciri baharu untuk pengguna ShopeePay, iaitu “Deals Near Me”. Melaluinya, Shopee memudahkan pengguna menemui pelbagai penawaran baucar pulangan tunai dari premis kedai-kedai berdekatan dengan anda.
Penawaran ciri ini beroperasi dengan pengguna perlu membeli baucar diskaun serendah 5 sen, dan kemudiannya menebus baucar berkenaan ketika melakukan pembayaran di premis kedai – sekaligus menerima pulangan tunai untuk perbelanjaan.

Untuk makluman, pada hari ini, terdapat perkhidmatan seperti Fave yang menawarkan ciri lebih kurang sama. Tetapi, dengan pihak ShopeePay menyertainya, ia akan memeriahkan lagi arena ini, sekaligus lebih menguntungkan pengguna dan juga pekedai.
Ciri baharu ini diperkenalkan selari dengan musim perayaan kini. ShopeePay turut menyediakan baucar khas mengikut waktu pada bulan Ramadan – termasuk Sahur Specials, Berbuka dengan ShopeePay dan juga Moreh Specials.