Cari @ Amanz

Oppo kini hadir dengan satu lagi penawaran peranti di bawah siri A untuk pasaran China. Dikenali sebagai Oppo A35, ia hanyalah sebuah Oppo A15s yang dijenamakan semula. Tiada perubahan rekaan dan spesifikasi yang dilakukan.

Melaluinya, Oppo A35 dilengkapi skrin 6.52-inci LCD dengan resolusi HD+ (1600 x 720 piksel). Ia turut dipadankan dengan cip MediaTek Helio P35, memori 4GB RAM, storan dalaman 128GB, bateri 4230mAh yang menyokong pengecasan 10W.

Oleh kerana ia merupakan sebuah peranti dijenamakan semula, maka sistem tri-kamera utama dengan tetapan 13-Megapixel + 2-Megapixel + 2-Megapixel masih dikekalkan. Tidak ketinggalan, kamera swafoto yang digunakan juga masih sebesar 8-Megapixel. Buat masa ini, tiada sebarang maklumat berkaitan harga. Tetapi, ia dijangka akan mula dijual dalam masa terdekat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd