Carian
Siri Huawei MateBook 2021 Dengan CPU Intel Tiger Lake Akan Dilancarkan Tidak Lama Lagi
April 14, 2021 Amy Maizuraa

Huawei Malaysia kini berkongsi perancangan untuk memperluaskan lagi penawaran rangkaian komputer riba buat pengguna di Malaysia. Terdapat sehingga empat model berbeza di bawah siri Huawei MateBook 2021 yang bakal dibawa masuk kelak – ini termasuklah Huawei MateBook X Pro (i5), Huawei MateBook 14 (i5), Huawei MateBook D14 (i5) dan Huawei MateBook D15 (i5).

Buat masa ini, harga jualan untuk keempat-empat komputer riba ini masih belum diumumkan lagi. Tetapi, Huawei memaklumkan lebih banyak maklumat lanjut akan dikongsi pada 19 April hadapan. Seperti biasa, kekal dengan kami di Amanz untuk kemaskini selebihnya.

Huawei MateBook X Pro (i5) hadir dengan paparan berukuran 13.9-inci dengan resolusi 3000 x 2000 piksel dan berat sekitar 1.33kg. Ia dikuasakan cip pemprosesan Intel Core i5 Generasi ke-11, cip grafik Intel Iris Xe, memori 16GB RAM (LPDDR4), storan 512GB PCIe NVMe SSD dan bateri 56Wh. Spesifikasi lain termasuklah – perisian Windows 10 Home, sokongan Wi-Fi 6, Bluetooth 5.1 dan banyak lagi.

Huawei MateBook 14 (i5) pula menggunakan skrin bersaiz 14-inci dengan resolusi 2160 x 1440 piksel dan berat sekitar 1.5kg. Ia juga dijana oleh cip pemprosesan Intel Core i5 Generasi ke-11 yang dipadankan dengan cip grafik Intel Iris Xe, memori 16GB RAM dan storan 512GB PCIe NVMe SSD. Spesifikasi lain termasuklah – bateri 56Wh, perisian Windows 10 Home Edition, sokongan Wi-Fi 6 dan banyak lagi.

Seterusnya, Huawei MateBook D14 (i5). Komputer riba ini dilengkapi skrin bersaiz 14-inci dengan resolusi 1920 x 1080 pikel dan berat sekitar 1.38kg. Ia turut dipadankan dengan cip pemprosesan Intel Core i5 Generasi ke-10, cip grafik Intel UHD Graphics 620, memori 16GB RAM, storan 512GB dan bateri sebesar 56Wh. Spesifikasi lain termasuklah – perisian Windows 10 Home Edition, sokongan WiFi 6, Bluetooth 5.0 dan sebagainya.

Akhir sekali, Huawei MateBook D15 (i5). Untuk spesifikasi, komputer riba ini dilengkapi paparan bersaiz 15.6-inci dengan resolusi 1920 x 1080 piksel dan berat sekitar 1.53kg. Selain itu, ia juga menggunakan cip pemprosesan Intel Core i5 Generasi ke-10 dengan dua pilihan cip grafik iaitu – Intel UHD Graphics 620 atau Intel Iris Xe. Spesifikasi lain termasuklah – dilengkapi memori 16GB RAM, storan 512GB, bateri 42Wh, sokongan Wi-Fi 6, perisian Windows 10 Home Edition dan sebagainya.

Komen