AMD Memperkenalkan Siri APU Ryzen 5000 G-Series Dengan Cip Grafik Terbina Untuk Syarikat-Syarikat Pembina Komputer OEM

Diterbitkan pada Apr 14, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

AMD telah melancarkan siri CPU Ryzen 5000 menggunakan arkitektur cip Zen 3 pada tahun lepas, yang dibina menggunakan proses 7nm untuk prestasi yang lebih baik berbanding dengan versi sebelumnya. Akan tetapi, sama seperti cip-cip pemprosesan Ryzen yang baru dikeluarkan, ia tidak hadir dengan cip grafik terbina.

AMD hari ini telah mengumumkan bahawa mereka baru melancarkan sebuah siri APU baru berdasarkan teknologi Zen 3 yang kini mempunyai cip pemprosesan grafik terbina didalamnya yang bernama AMD Ryzen 5000 G.

AMD turut mengesahkan enam model akan dikeluarkan buat masa ini:

ModelTeras/ BebenangTDPKelajuan Asas/Boost (GHz)Unit GPUKelajuan GPU
Ryzen 7 5700G8C/16T65W3.8GHz / 4.6GHz82,000MHz
Ryzen 7 5700GE8C/16T35W3.2GHz / 4.6GHz82,000MHz
Ryzen 5 5600G6C/12T65W3.9GHz / 4.4GHz71,900MHz
Ryzen 5 5600GE6C/12T35W3.4GHz / 4.4GHz71,900MHz
Ryzen 3 5300G4C/8T65W4.0GHz / 4.2GHz61,700MHz
Ryzen 3 5300GE4C/8T35W3.6GHz / 4.2GHz61,700MHz

Seperti yang diperlihatkan, AMD hadir dengan dua variasi untuk tiga APU mereka, satu dengan TDP (Total Drawn Power) 65W, dan satu dengan 35W, yang dapat diperlihatkan melalui model GE. Kelajuan CPU juga sedikit berbeza, tetapi jumlah teras dan cip GPU yang digunakan adalah sama.

Cip pemprosesan grafik yang digunakan pada APU ini ialah berdasarkan Vega yang diperkenalkan beberapa tahun lalu, tetapi masih lagi cukup berkuasa untuk menggerakkan sejumlah permainan komputer yang tidak begitu meminta dari segi pemprosesan grafik.

Menurut AMD, siri APU AMD Ryzen 5000 ini akan dipasarkan kepada jenama-jenama pembuat komputer terlebih dahulu untuk beberapa bulan, sebelum ia akan ditawarkan kepada pengguna biasa untuk pertama kalinya. Buat masa ini ia masih tidak diketahui lagi bilakah ia akan dijual di pasaran.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami