Microsoft Turut Melancarkan Tiga Set Fon Kepala Yang Mempunyai Butang Microsoft Teams Terbina

Diterbitkan pada Apr 14, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Microsoft Surface Laptop 4 telah pun dilancarkan dengan pilihan cip Intel Gen-11 atau AMD Ryzen 4000, dan menawarkan pilihan skrin 13.5-inci dan juga 15-inci. Bersama-sama dengan pelancaran komputer riba ini, Microsoft turut melancarkan tiga aksesori audio khusus untuk penggunaan Microsoft Teams.

Pertama adalah Microsoft Surface Headphones 2 Plus for Business yang mana sebenarnya hanyalah Surface Headphones 2 yang sama sebelum ini. Bateri, spesifikasi dan rekaan semuanya sama sahaja, kecuali ia mempunyai butang khusus untuk Microsoft Teams dan juga dongel USB yang mempunyai lampu LED terbina untuk idikasi jika pengguna sedang dalam mod senyap. Ia juga adalah set fon kepala untuk pengguna perusahaan mereka dan dijual pada harga $299.99, iaitu sekitar RM1239.

Microsoft Modern Wireless Headset pula dilihat lebih kurang sama dengan Xbox Wireless Headset dengan rekaan lebih ringkas, kelihatan lebih profesional dan lebih memfokuskan untuk penggunaan PC dan komputer riba. Ia adalah set fo kepala nirwayar Bluetooth, ada pad telinga, mikrofon yang boleh auto senyap apabila dipusingkan dan juga kawalan pada permukaan fon telinga untuk senyap, aras suara dan akses Microsoft Teams. Dongel USB turut diberikan untuk indikasi mod senyap, bateri pula adalah 50 jam, dan 30 jam ketahanan untuk Microsoft Teams. Tiada harga lagi, tetapi ia akan dijual pada bulan Jun.

Microsoft Modern USB Headset pula adalah versi berkabel USB-A dan bukan USB-C. Juga ada butang untuk Teams, pada kabel terbina alat kawalan untuk aras suara, mod senyap dan adalah yang paling murah pada harga $49.99 iaitu sekitar RM206.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami