Cari @ Amanz

Pada tahun 2015, iPhone 6s dilancarkan sebagai iPhone pertama dengan kamera sebesar 12MP. Mereka tidak langsung melakukan penambahbaikan sensor kamera walaupun pengeluar Android kini telah menawarkan peranti dengan sensor 108MP.

Tetapi menurut penganalisis Ming-Chi Kuo, bermula tahun 2022 Apple akan akhirnya menawarkan iPhone dengan sensor utama 48MP. Tetapi dengan teknologi quad-binning imej yang dihasilkan masih sebesar 12MP tetapi lebih tajam. Dengan peningkatan sensor sebanyak empat kali ganda, peranti juga boleh merakam video pada resolusi 8K.

Kemudian pada tahun 2023 pula, mekanisme periskop untuk telefoto pula akan diperkenalkan bersama dengan sistem kamera Face ID di bawah skrin bagi menghilangkan takuk gergasi yang kini mendominasi skrin iPhone.Tambah beliau lagi, pada tahun 2022 iPhone dengan skrin 5.4 juga akan dihentikan. Tiada lagi penawaran model mini memandangkan tahun lalu jualan iPhone 12 Mini adalah lebih rendah yang disasarkan oleh Apple.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd