Cari @ Amanz

Microsoft Surface Laptop 4 telah pun dilancarkan bersama-sama dengan tiga set fon kepala memfokuskan Microsoft Teams. Microsoft dilihat benar-benar serius dengan ekosistem Microsoft Teams dan tidak berhenti dengan set fon kepala, Microsoft turut melancarkan pembesar suara dan kamera web khusus untuk penggunaan perkhidmatan telesidang mereka.

Microsoft Modern USB-C Speaker adalah pembesar suara yang perlu disambungkan dengan kabel USB-C terbina. Microsoft menjanjikan kualiti audio tinggi untuk telesidang, vokal baik untuk panggilan telefon dan juga pendengaran muzik. Pembesar suara adalah daripada pemacu audio berkuasa yang tidak didedahkan, turut terbina dua mikrofon, lampu LED dan butang kawalan untuk mengawal Microsoft Teams. Kabel USB-C yang terbina turut boleh disimpan terus pada pembesar suara ini. Harga jualan adalah $99.99, iaitu sekitar RM413.

Microsoft Modern Webcam pula adalah kamera web yang diiktiraf untuk panggilan video perkhidmatan mereka. Ia mudah dipasang pada paparan tanpa memerlukan tripod atau cagak tambahan. Kamera yang digunakan mampu merakam video 1080p , HDR  dan pandangan sudut lebar 78 darjah. Kamera web Microsoft ini turut hadir dengan mod kecantikan, imbangan putih auto dan penyesuaian cahaya. Harga jualan adalah $69.99, iaitu sekitar RM289.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd