Carian
PitchIN – Laman Biayasama Popular Tempatan Akan Mengumpulkan Dana Sehingga RM5 Juta Secara Biayasama
April 14, 2021 Aman

PitchIN merupakan salah satu laman biayasama yang popular di Malaysia, dan telah digunakan ramai dalam mengumpulkan dana untuk syarikat masing-masing.

Menariknya, kini, laman pitchIN sendiri mula mengumpulkan dana, dan bakal mengumpulkan antara RM3 juta ke RM5 juta melalui biaysama ekuiti.

PitchIN mengatakan dana ini akan digunakan dalam usaha untuk memperluaskan pasukan, menawarkan platform yang lebih diintegrasikan, memperkenalkan produk baharu, selain memasarkan jenama pitchIN untuk dikenali lebih ramai lagi.

PitchIN sebelum ini telah dilancarkan pada 2016 yang lepas, dan antara yang terawal menerima pengesahan pihak SC. Sehingga kini, ia telah mengumpulkan lebih RM140 juta melaluinya, selain menjayakan lebih 100 kempen biayasama.

PitchIN akan menawarkan ekuiti pada pelaburan minima RM4,500 untuk satu lot dengan 10 saham, bermula 19 April ini melalui laman Leet Capital.

Komen