Cari @ Amanz

Parallels adalah perisian yang membenarkan pelbagai aplikasi boleh dijalankan pada pelbagai platform. Antara yang terkenal adalah kemampuan menjalankan perisian Windows di dalam macOS. Baru-baru ini Parallels bekerjasama dengan Google untuk membolehkan perisian Windows dijalankan pada Chrome OS.

Terkini Parallels mengumumkan perisian mereka dalam versi baru, Parallels Desktop 16.5 untuk Mac. Versi ini menyokong kedua-dua platform Mac sama ada Intel atau Apple M1 secara natif. Secara tidak langsung versi ini membenarkan pengguna Mac M1 cuba perisian Windows dengan lebih mudah. Jika itu tidak cukup, Parallels Desktop 16.5 ini juga membolehkan Windows 10 ARM Insider Preview dijalankan pada Mac M1 secara natif dengan prestasi pantas.

Parallels Desktop 16.5 ini juga menggunakan 2.5 kali ganda kurang kuasa pada M1 berbanding Intel, boleh mencapai 60% lebih tinggi prestasi DirectX 11 dan sehingga 30% prestasi pelagak Windows 10. Selain itu mod Coherence turut diperkenalkan untuk menjalankan perisian Windows seakan perisian natif Mac, Shared Profile pula membolehkan fail Mac ke pelagak Windows dikongsi, sokongan kawalan Touch Bar, dan banyak lagi.

Parallels adalah perisian berbayar, tetapi mereka menawarkan 14 hari percubaan jika anda berminat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd