Cari @ Amanz

Peranti pintar sekarang dijual pada harga mencecah RM5000 sebuah. Jauh lebih mahal berbanding sekitar hanya RM2000 sedekad yang lalu disebabkan komponen yang menggunakan teknologi lebih tinggi. Apabila kerosakan berlaku, kos menggantikan komponen juga menjadi tinggi.

Di Malaysia pelan perlindungan peranti Samsung Care+ telah dilancarkan bagi mengurangkan kerisauan kepada pemilik sekiranya peranti Samsung yang dibeli mengalami kerosakan. Pelan Samsung Care+ bermula dari RM55 setahun dan meningkat ke RM630 untuk dua tahun untuk peranti kelas mercu.

Pelan melindungi kerosakan yang tidak disengajakan serta kerosakan akibat kemasukan cecair (ADLD) dan menyambung jaminan sehingga dua tahun. Kerosakan sehingga dua kali ganda harga jualan peranti akan dilindungi pelan Samsung Care+. Pelanggan perlu membeli Samsung Care+ dalam masa 14 hari selepas peranti dibeli. Untuk terma dan syarat lebih lengkap sila ke pautan Samsung Care+ di bawah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd