Cari @ Amanz

Bulan yang dinanti-nantikan iaitu Ramadhan al-Mubarak kini sudah tiba. Setibanya bulan ini, salah satu keperluan yang perlu disempurnakan adalah membayar zakat fitrah iaitu zakat diri tidak kira lelaki mahupun perempuan. Sehingga kini, terdapat pelbagai saluran yang disediakan bagi memudahkan orang ramai untuk membuat pembayaran zakat dan salah satu daripadanya adalah menerusi aplikasi Boost.

Untuk Ramadhan tahun ini, Boost mengumumkan bahawasanya mereka akan menawarkan kemudahan pembayaran zakat menerusi aplikasinya di enam buah negeri. Ini termasuklah Lembaga Zakat Selangor (LZS), Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan (PBMaINS) dan Pusat Pungutan Zakat- Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).

Melalui penawaran ini, lebih ramai umat Islam boleh menunaikan zakat dengan lebih mudah dan selamat. Ini ditambah pula dengan situasi terkini yang mana negara kita turut tak terkecuali dilanda wabak pandemik. Langkah yang diambil oleh Boost sedikit sebanyak membantu dalam mencegah penularannya. Difahamkan, orang ramai boleh membuat pembayaran sehingga 12 Mei kelak dan cara penggunaannya adalah seperti di bawah :

  • Langkah 1 : Muat turun aplikasi Boost menerusi Google PlayStore & Apple AppStore
  • Langkah 2 : Pada paparan utama, klik pada tab zakat / melalui tab ‘Do More’ di bahagian ‘Donation’
  • Langkah 3: Tambah akaun zakat baru dengan hanya lengkapkan maklumat diperlukan – seperti nama, nombor kad pengenalan & nombor telefon.
  • Langkah 4 : Selesai membuat pembayaran, pengguna akan menerima resit menerusi emel. (*resit ini turut boleh digunakan untuk tujuan rebet cukai persendirian).
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd