Cari @ Amanz

Ford pagi ini mengumumkan sistem swapandu terkini mereka BlueCruise yang membenarkan kenderaan beroperasi dalam mod swapandu tanpa tangan perlu diletakkan pada stereng. BlueCruise akan ditawarkan kepada pemilik Ford F-150 2021 dan beberapa model terpilih Ford Mustang Mach-E 2021 pada penghujung tahun 2021.

Sistem dikatakan telah sedia untuk diberikan kepada orang ramai selepas menjalani ujian swapandu sejauh 804,000 km di Amerika Syarikat. Pada fasa awal BlueCruise akan ditawarkan kepada pemilik kenderaan Ford di Amerika Utara terlebih dahulu. Terdapat zon selamat di lebuhraya sepanjang 160,000 km dimana sistem boleh diaktifkan.

BlueCruise ialah evolusi seterusnya dari sistem swapandu Ford Co-Pilot360  sebelum ini. Oleh itu pemilik kenderaan-kenderaan yang layak perlu membayar kos tambahan $600 untuk perisian dan bermula dari $995 untuk perkakasan tambahan sebelum kenderaan mereka boleh menggunakannya.

Ini berbeza dengan Tesla yang memerlukan kemas kini perisian sahaja. Sungguhpun begitu Tesla Autopilot masih memerlukan pemilik meletakkan tangan di stereng sepanjang masa untuk ia beroperasi. Sekiranya gagal sistem dinyahaktifkan dan kenderaan dihentikan atas faktor keselamatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd