Carian
Berkas Limited Violet Edition Galaxy Ecosystem Pack Ditawarkan Pada Harga Bermula RM4599
April 15, 2021 Effi Saharudin

Ekosistem ialah perkataan yang semakin relevan sekarang kerana penggunaan pelbagai peranti serentak. Bagi mereka yang ingin terjun terus ke dalam ekosistem Samsung, berkas Limited Violet Edition Galaxy Ecosystem Pack kini ditawarkan di Malaysia.

Menerusi berkas edisi terhad ini, siri Samsung Galaxy S21, Galaxy Buds Pro dan Galaxy Watch Active2 boleh dibeli secara serentak pada harga yang lebih rendah berbanding dibeli secara berasingan. Berkas pertama dengan Samsun Galaxy S21 5G ditawarkan pada harga RM4599 dengan penjimatan RM698. Berkas kedua dengan Samsung Galaxy S21+ 5G pula ditawarkan pada harga RM5099 dengan penjimatan RM798.

Bagi yang berminat Limited Violet Edition Galaxy Ecosystem Pack mula ditawarkan hari ini sehingga 30 April 2021 sahaja.

PakejProduk Dalam BerkasHarga AsalHarga Berkas
Limited Violet Edition Galaxy Ecosystem Pack S21+· Galaxy S21+ 5G (256GB) – RM4,299
· Galaxy Buds Pro – RM799
· Galaxy Watch Active2 – RM799
RM5,897RM5,099
(Jimat RM798)
Limited Violet Edition Galaxy Ecosystem Pack S21· Galaxy S21 5G (256GB) – RM3,699
· Galaxy Buds Pro – RM799
· Galaxy Watch Active2 – RM799
RM5,297RM4,599
(Jimat RM698)
Komen