iPhone Yang Hilang Kini Boleh Dicari Menggunakan Google Assistant

Diterbitkan pada Apr 15, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Berapakah jumlah telefon pintar yang anda miliki? Saya secara peribadi mempunyai lima dan kerap kali terlupa dimana ia diletakkan lebih-lebih lagi apabila dimainkan oleh anak di rumah. Oleh itu ciri Find My Deviceo oleh Google menyelamatkan diri dari tercari-cari kerana peranti akan berdering apabila mod diaktifkan. Tetapi bagaimakan pula dengan peranti iPhone yang hilang?

Bagi pemilik skrin pintar atau speaker pintar Google Next, anda kini akhirnya boleh mencari iPhone yang hilang menerusi arahan suara Google Asssitant. iPhone yang hilang akan berdering walaupun ia diletakkan dalam mod DND atau disenyapkan audionya. Pada waktu ini arahan mencari ini hanya boleh dilakukan menerusi speaker dan skrin pintar sahaja dan iPhone dipasang dengan aplikasi Google Home. Kemudian akses menerima notifikasi Google Home perlu diberikan pada iPhone juga. Selamat mencuba.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami