Cari @ Amanz

Oppo kini secara rasminya memperkenalkan penawaran sebuah lagi peranti baharu di bawah siri Reno5 mereka untuk pengguna di Malaysia. Dikenali sebagai Oppo Reno5 F, ia dijual pada harga RM1,199 dan tersedia dalam beberapa pilihan warna menarik seperti – Fluid Black, Fantastic Purple dan Crystal Silver.

Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkannya menerusi sejumlah platform berbeza termasuk – kedai atas talian, rakan kerjasama telekomukasi dan pengedar sah Oppo di seluruh Malaysia bermula hari ini.

Untuk spesifikasi, Oppo Reno5 F dilengkapi skrin bersaiz 6.43-inci AMOLED dengan resolusi FHD+. Paparannya bagaimanapun, sekadar menyokong kadar segar semula standard 60Hz. Seterusnya, ia juga dipadankan dengan cip MediaTek Helio P95, memori 8GB RAM, storan dalaman 128GB dan bater sebesar 4,310mAh yang menyokong pengecasan 30W VOOC Flash Charge 4.0.

Tetapan kamera pula terdiri dengan 48-Megapixel untuk sensor utama, 8-Megapixel untuk sensor sudut ultra-lebar, 2 -Megapixel untuk makro dan 2-Megapixel untuk tujuan mono. Kemudian, kamera hadapan pula sebesar 32-Megapixel. Spesifikasi lain termasuklah – pengimbas cap jari pada skrin, antaramuka ColorOS 11.1 berasaskan Android 11, berat sekitar 172g dan banyak lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd