Acer Nitro QG241YP Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga Serendah RM699

Acer Nitro QG241YP Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga Serendah RM699

Diterbitkan pada Apr 15, 2021 oleh .

Seiring pengenalan Acer Nitro 5, jenama ini turut tidak ketinggalan hadir dengan penawaran monitor gaming baharu buat pengguna di Malaysia – iaitu Acer Nitro QG241YP. Bagi yang berminat, ia dijual pada harga RM749 untuk seunit. Namun begitu, anda masih boleh mendapatkannya pada harga promosi lebih rendah iaitu RM699 yang ditawarkan untuk masa terhad sehingga 16 April ini.

Untuk spesifikasi, Acer Nitro QG241YP dilengkapi skrin 23.8-inci dengan resolusi FHD (1920×1080 piksel). Paparan turut menyokong teknologi AMD FreeSync bersama kadar segar semula 165Hz dengan masa tindak balas 1ms. Di samping itu, ia juga menawarkan kecerahan puncak pada 250nits, pensijilan HDR10 dan nisbah kontras 1000:1. Spesifikasi lain termasuklah – monitor ini turut disertakan sokongan 1 x HDMI 2.0, 1 x HDMI 1.4 dan 1 x DisplayPort.


Paling Popular