Carian
Choice SDK Memudahkan Proses Memindahkan Aplikasi GMS Ke HMS
April 15, 2021 Effi Saharudin

Selepas Google Mobile Services (GMS) tidak lagi ditawarkan pada peranti keluaran mereka. Huawei meningkatkan usaha untuk menambah aplikasi di AppGallery yang menggunakan sistem Huawei Mobile Services (HMS). Tetapi sehingga kini masih terdapat banyak aplikasi penting yang belum ditawarkan di AppGallery menyebabkan pengguna perlu memasangnya menggunakan Petal Search

Huawei AppGallery

Untuk memudahkan proses pembangunan aplikasi HMS, Choice SDK  telah dibangunkan oleh bluesource. Syarikat pembangun dari Austria ini kini menawarkan Choice SDK secara sumber terbuka kepada pembangun yang ingin memindahkan aplikasi GMS dan Firebase mereka ke AppGallery.

Setelah dilancarkan, AppGallery kini mempunyai 530 juta pengguna aktif bulanan dan menawarkan lebih 120,000 aplikasi yang menyokong HMS Core untuk digunakan pada peranti Huawei.

Komen