Carian
Markah Penanda Aras Dua Peranti Terkini Motorola Ditemui Di Geekbench
April 15, 2021 Amy Maizuraa

Meskipun jenama ini mungkin tidak lagi menjadi pilihan utama untuk kebanyakan pengguna hari ini. Namun, ia bukan penghalang untuk jenama ini Terus hadir dengan pelbagai penawaran peranti baharu.

Dalam perkembangan terkini, dua peranti baharu keluaran jenama ini dilaporkan telah tersenarai di laman penanda aras Geekbench. Ia dikenali ditemui dengan kod nama motorola moto g (60) dan motorola moto g (40) fusion. Menurut spekulasi awal, Moto G60 berkemungkinan besar akan dijenamakan semula sebagai sebagai G40 fusion di pasaran India dan Brazil. Namun begitu, kesahihannya masih belum dapat dipastikan.

Penyenaraian menunjukkan Moto G60 akan dilengkapi memori 6GB RAM, sementara itu Moto G40 akan mempunyai 4GB RAM. Kedua-duanya bagaimanapun akan menjalankan sistem operasi Android 11 kelak. Maklumat spesifikasi pula masih belum didedahkan secara khusus, namun terdapat dakwaan daripada beberapa sumber yang mengatakan ia mungkin dijana cip Snapdragon 732G.

Buat masa ini, itu sahaja maklumat uang diketahui pada waktu ini. Terdapat ura-ura mengatakan ia mungkin antara produk yang kelak dilancarkan oleh Motorola tidak lama lagi. Ia berikutan, jenama ini mula mengacah untuk pelancaran produk baharu sebelum ini.

Komen