Cari @ Amanz

Sistem operasi Windows 10 boleh dilihat sentiasa mencuba sejumlah ciri-ciri baru melalui kemaskini-kemaskini besar mereka yang berlaku sekitar dua kali setahun. Diantara ciri yang paling penting diperkenalkan pada Windows 10 ialah ciri Timeline yang menyelarikan sejarah aktiviti perisian dan pelayaran web diantara peranti-peranti Microsoft dengan akaun yang sama.

Melalui pengumuman mengenai Windows 10 Insider Preview terbaru, Microsoft mengatakan bahawa fungsi penyelarian sejarah aktiviti dan pelayaran web antara peranti akan dimatikan bermula dengan kemaskini Insider Preview Build 21359 yang telahpun dikeluarkan.

Ini bermakna bahawa ciri Timeline hanya boleh digunakan pada peranti tempatan sahaja, dan tidak boleh disambungkan kepada peranti-peranti lain melalui akaun Microsoft mereka. Microsoft turut mengatakan bahawa fungsi tersebut akan dimatikan untuk pengguna Windows 10 yang lain menjelang bulan Jun 2021 kelak.

Microsoft tidak memberikan sebarang penjelasan mengenai mengapakah sebuah fungsi yang sangat penting untuk kelangsungan Timeline dimatikan. Bagi kami, fungsi penyelarian sejarah diantara peranti adalah sesuatu yang sangat berguna khususnya kerana apabila kami melihat berita menarik melalui peranti pintar menggunakan Edge, sejarah laman web tersebut juga dapat dilihat melalui Timeline pada komputer riba ataupun desktop kami.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd