Luno hari ini mengumumkan mereka kini menyimpan lebih daripada RM1 bilion aset digital bagi penggunanya.
Menurut Luno, sejak dilancarkan pada 2019 yang lepas, kini Luno mempunyai lebih setengah juta pengguna. Empat kriptowang boleh dibeli dan dijual melalui platform Luno, termasuk Bitcoin, Ethereum, Ripple dan juga Litecoin.
Untuk makluman juga, Luno merupakan platform pertukaran aset digital pertama yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Dari segi jumlah keseluruhan transaksi urus niaga Luno di Malaysia setakat Januari 2021 lepas pula telah mencapai angka RM3.97 bilion.
Dengan perkembangan arena kriptowang, kita mungkin akan melihat arena ini terus berkembang pesat dalam bulan-bulan akan datang.