(Ura-Ura) Samsung Galaxy Z Fold3 Tidak Mempunyai Tempat Simpanan S Pen Terbina
Effi Saharudin
Sebelum ini timbul laporan Galaxy Note akan dihentikan pengeluarannya tahun ini bagi memberi laluan kepada siri Galaxy Z Fold. Ini telahpun disahkan tetapi adalah kerana kekurangan cip untuk menghasilkan lebih banyak peranti. Bagi mengisi kekosongan Note, Galaxy Z Fold3 kelak dikatakan akan menyokong stylus S-Pen.

Tetapi berita terkini dari Korea Selatan kini mengatakan sokongan S Pen secara terbina pada Z Fold 3 tidak akan berlaku tahun ini. Kesukaran mencari ruang yang cukup untuk meletakkan tempat simpanan stylus terbina menyebabkan S Pen akan diletakkan di luar dalam kerangka yang dijual berasingan.
Buat masa ini ia masih lagi ura-ura yang belum disahkan. Kami masih merasakan sokongan tanpa tempat simpanan mungkin tidak boleh dimaafkan oleh pengguna kerana peranti mempunyai saiz tubuh yang besar.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.