Carian
Spotify Memperkenalkan Carta Untuk Podcast
April 15, 2021 Effi Saharudin

Spotify hari ini memperkenalkan ciri carta khusus untuk podcast yang ditawarkan pada platform mereka. Dengan wujudnya carta, pengguna dapat melihat podcast manakah yang sedang popular dan mungkin boleh didengari sebagai tambahan kepada pilihan biasa.

Terdapat carta berdasarkan saluran dan juga carta untuk episod yang sedang sohor kini di kalangan pengguna Spotify. Selain itu carian berdasarkan topik yang digemari turut boleh dilakukan pada ciri carta. Turut diperkenalkan ialah laman web khas memaparkan carta podcast yang sebelum ini hanya boleh diakses menerusi aplikasi dan aplikasi web.

Pada waktu ini ciri ini boleh diakses pada versi web, desktop dan aplikasi telefon pintar cuma carta mengambil data dari pengguna dari Amerika Syarikat terlebih dahulu sebelum mengambil kira pengguna global.

Komen