Touch ’n Go kini melalui perkongsian sosial mereka, mengingatkan pengguna yang mana jangka hayat penggunaan kad fizikal TNG adalah selama 10 tahun lamanya.
Pada masa yang sama, pengguna juga perlu memastikan kad aktif dengan melakukan sekurang-kurangnya satu transaksi setiap tahun.
Pengguna juga boleh memastikan kad mereka aktif dengan memautkan kad berkenaan kepada aplikasi TNG eWallet – serta menyemak baki melaluinya.
Bagi anda yang tidak ingin menggunakan kad TNG, atau mengalami kerosakkan dan ingin mendapatkan kembali wang yang telah ditambah-nilai, boleh melakukannya melalui laman TNG eRefund.