Carian
ZTE
Siri ZTE Axon 30 Dilancarkan – Sokong Cip Snapdragon 888, Skrin 144Hz, Tri-Sensor 64MP
April 15, 2021 Amy Maizuraa

Siri Axon 30 akhirnya rasmi untuk pasaran China dan ia sekaligus menjadi peranti mercu terkini daripada ZTE. Sebanyak dua buah model berbeza yang telah diperkenalkan – ia termasuklah ZTE Axon 30 Pro dan ZTE Axon 30 Ultra. Setiap satu daripadanya disertakan sejumlah penawaran menarik yang membuatkan ia berada dalam kelas yang tersendiri.

Kita mulakan dengan ZTE Axon 30 Ultra. Ia merupakan model yang dilengkapi spesifikasi premium untuk siri ini. Ia dilengkapi skrin bersaiz 6.67-inci AMOLED dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula mencecah 144Hz. Ia juga dipadankan dengan cip pemproses Snapdragon 888, memori sehingga 16GB RAM (LPDDR5), storan dalaman sehingga 1TB (UFS 3.1) dan bateri 4,600mAh yang menyokong pengecasan 66W.

Untuk tetapan kamera, ia menggunakan kuad kamera dengan tetapan 64-Megapixel (Sony IMX686) + 64-Megapixel + 64-Megapixel + 8-Megapixel. Sementara itu, kamera hadapan pula sebesar 16-Megapixel . Spesifikasi lain termasuklah – rangkaian 5G terbina, antaramuka MyOS 11, NFC dan sebagainya.

Bercakap mengenai ZTE Axon 30 Pro pula, ia menggunakan skrin bersaiz 6.67-inci AMOLED dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula mencecah 120Hz. Kemudian, ia juga dijana dengan cip Snapdragon 888, memori sehingga 8GB (LPDDR5), storan dalaman sehingga 256GB (UFS 3.1) dan bateri sebesar 4,200mAh yang menyokong pengecasan 55W.

Axon 30 Pro turut menggunakan sistem kuad-kamera utama dengan tetapan 64-Megapixel (Sony IMX682)+ 64-Megapixel + 5-Megapixel + 2-Megapixel. Seterusnya, kamera hadapan pula sebesar 16-Megapixel. Spesifikasi lain termasuklah – sokongan Wi-Fi 6, NFC. antaramuak MyOS 11 dan sebagainya.

Untuk harga, Axon 30 Ultra dijual di China pada harga permulaan RMB4698 (~RM2968) untuk versi asas. Sementara itu, Axon 30 Pro pula ditawarkan pada harga bermula RMB2998 (~RM1894) untuk seunit.

Komen