Apple sedia menjadualkan acara khas pada minggu hadapan, 21 April. Pelbagai desas-desus mengatakan Apple akan memperkenalkan kemaskini untuk keluarga tablet mereka pada acara berkenaan.
Menariknya, kini selari dengan itu, hadir desas-desus mengatakan Apple turut akan memperkenalkan kemaskini kepada stylus mereka, Apple Pencil.

Apple Pencil kali terakhir dikemaskini pada 2018 yang lepas, dan mungkin dengan generasi ketiga ini kelak kita akan melihat penawaran tambahan sensor, dan menjadikan penulisan lebih jitu dan lebih menyerupai penggunaan pensil biasa.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan minggu hadapan untuk mengetahui lanjut sepenuhnya berkenaan dengan penawaran Apple yang baharu ini.